B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekosistem pelaburan digital mantap perlukan sokongan satu negara – K-KOMM

Ekosistem pelaburan digital mantap perlukan sokongan satu negara – K-KOMM

25 Apr 2022

Ekosistem pelaburan digital yang mantap dan berkembang maju memerlukan sokongan semua pihak dari seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.

Beliau berkata Sidang Kemuncak Pelaburan Digital Negeri 2022 berperanan sebagai platform dalam memupuk kerjasama penting.

“Ini khususnya dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dan merangsangkan pelaburan dengan membangunkan sektor-sektor utama baharu di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Isnin.

MDEC, agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, menganjurkan Sidang Kemuncak Pelaburan Digital Negeri 2022 baru-baru ini bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai hab pelaburan digital di Asia Tenggara.

Persidangan tersebut disokong oleh MIDA melalui Pejabat Pelaburan Digital (DIO), menerusi perkongsian serta penyelarasan Strategi Pelaburan Digital Nasional dengan setiap Agensi Promosi Pelaburan (IPA) negeri.

Matlamat utama persidangan ialah mengukuhkan aspirasi pelaburan digital negara, nilai tawaran dan seterusnya mencipta pendekatan satu-negara khususnya memastikan sinergi serta kerjasama dalam memacu pelaburan digital ke Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman berkata pihaknya teruja melihat IPA setiap negeri hadir secara aktif semasa acara itu dan seterusnya menunjukkan kepentingan dalam memupuk aspirasi pelaburan digital dalam kalangan IPA Malaysia.

“MIDA dengan kerjasama MDEC, telah berjaya menarik dan memudahkan pelabur dalam membawa pelaburan digital berkualiti tinggi melalui inisiatif DIO.

“Ia juga selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dalam mentransformasikan kluster ekonomi baharu dan sedia ada ke arah menjadi pemboleh digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan peningkatan kemahiran digital dalam kalangan tenaga kerja dan perniagaan tempatan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

CEO MDEC, Mahadhir Aziz pula berkata persidangan itu adalah selaras dengan aspirasi MDEC yang merupakan sebahagian inisiatif Malaysia Digital, iaitu mengembangkan pelaburan digital melangkaui lokasi yang ditetapkan untuk menjadikanya inisiatif untuk seluruh negara.

“Setiap IPA di Malaysia amat penting dalam memacu pelaburan digital ke Malaysia — bayangkan bagaimana kita boleh lakukannya menerusi kelebihan kerjasama dalam mengembangkan ekonomi digital Malaysia,” katanya.

Menurut MDEC dan MIDA, Sidang Kemuncak Pelaburan Digital Negeri 2022 diyakini akan mewujudan platform yang ideal dalam meningkatkan kesan pengganda pelaburan, menyampaikan manfaat ekonomi berkualiti tinggi kepada negeri Tahap 2 dan seterusnya mempercepat kemajuan transformasi digital negara.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon