B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 7.0 peratus pada 2021 – Penyelidikan MIDF Amanah

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 7.0 peratus pada 2021 – Penyelidikan MIDF Amanah

31 Dis 2020

Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank (MIDF Amanah) mengunjurkan ekonomi Malaysia mengalami pemulihan dan merekodkan pertumbuhan pada tujuh peratus pada 2021.

Ia menjelaskan pemulihan itu akan disokong oleh permintaan domestik yang meningkat memandangkan pengguna dan perniagaan terus menaikkan perbelanjaan mereka.

“Bagi 2020, kami mengekalkan unjuran ekonomi Malaysia pada -4.8 peratus, selepas mengambil kira pemulihan kukuh pada suku ketiga 2020 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara bersasar ke atas pertumbuhan pada suku keempat 2020,” menurut bank pelaburan itu menerusi nota penyelidikan hari ini.

MIDF Amanah menekankan berasaskan petunjuk ekonomi terkini, aktiviti ekonomi mencatatkan pemulihan daripada paras rendah pada suku kedua 2020, namun ada juga indikator yang menunjukkan pemulihan lemah pada suku keempat berikutan lonjakan kes COVID-19.

Menurutnya, kenaikan ketara kes jangkitan COVID-19 di peringkat tempatan mendorong kerajaan mengenakan PKPB secara bersasar ke atas hampir semua negeri pada tempoh sukuan tersebut.

“Kami berpandangan PKPB pada masa ini ini adalah lebih longgar berbanding Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac hingga April lepas memandangkan aktiviti perniagaan kini telah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan aktiviti perbelanjaan domestik dikekang oleh sekatan pergerakan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon