B. Malaysia

|

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi digital Malaysia berkembang pesat

Ekonomi digital Malaysia berkembang pesat

15 Jun 2021

Ekonomi digital Malaysia semakin menjadi tumpuan, didorong oleh akses kepada telefon pintar dan kesalinghubungan internet, demikian menurut Maybank IB Research.

Ia turut disokong oleh ketersediaan pasaran terhadap perkhidmatan aplikasi pengangkutan dan penghantaran makanan, peralihan drastik ke arah e-dagang dan syarikat yang mengintegrasikan teknologi dalam perniagaan utama mereka.

Maybank IB berkata. menurut Bank Negara Malaysia (BNM), nilai dan jumlah pembayaran digital meningkat, masing-masing kepada RM23 bilion dan RM302 juta pada April 2021.

Firma penyelidikan itu menyatakan peningkatan jumlah syarikat e-dompet seperti Touch ‘n Go (TNG), Boost dan Grab menyebabkan ruang yang sangat kompetitif, dengan harga yang sangat sensitif untuk memaksimumkan Pengguna Aktif Bulanan (MAU) yang mungkin menjurus kepada ‘hanya yang terbaik akan berjaya’.

Sementara itu, katanya, persaingan yang dinamik kelihatan lebih baik dalam kalangan pemerolehan pedagang (penyedia terminal pembayaran dan pemproses transaksi) dan antaranya ialah GHL Systems (GHL), Revenue Group Bhd (RGB) dan bank.

“Kami melihat pemangkin yang lebih kuat daripada pengambilan pedagang yang lebih pantas daripada jangkaan berbanding pertumbuhan nilai transaksi yang diproses, perbelanjaan runcit dan pemulihan pelancongan, usaha pengembangan serantau yang lebih kuat dan keterlihatan daripada sumbangan segmen perkkhidmatan tambah nilai untuk pemeroleh pedagang.

“Bagaimanapun, dengan penilaian penuh, pada masa ini kami bersikap neutral untuk sektor ini dengan saranan ‘pegang’ untuk kedua-dua saham GHL dan RGB,” kata Maybank IB.

Ia menjelaskan, GHL dan RGB mempunyai pendedahan terhad kepada e-dagang yang berkembang pesat, penghantaran barang, penghantaran makanan dan pedagang perkhidmatan dalam talian lain yang berpeluang mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada segala rintangan perbelanjaan runcit berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X