B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi digital, hijau dan e-dagang prospek kerjasama Malaysia-Singapura

Ekonomi digital, hijau dan e-dagang prospek kerjasama Malaysia-Singapura

22 Dis 2022

Ekonomi digital dan hijau selain e-dagang antara tiga prospek kerjasama baharu dikenal pasti boleh diteroka Malaysia bersama Singapura.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar, dengan antara bidang awal dikenal pasti termasuklah kemudahan jualan eksport e-dagang oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan sama ada ke dan melalui Singapura.

Selain itu, beliau berkata dia lagi bidang awal membabitkan kerjasama antara Hab Digital Malaysia (MDH) di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan dan BLOCK 71 di Singapura mengenai ekosistem permulaan serta e–Dompet.

“Bidang kerjasama lain juga sedang dibincangkan adalah Industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, e-dagang, industri aeroangkasa dan eko-pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dalam rangka lawatan baginda ke Doha di Qatar baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena pertemuan itu, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai SGD1,519 (RM5,000) kepada Azfar yang menerima bagi pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi berkenaan.

Sumbangan itu bertujuan untuk digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Dalam pada itu, Azfar berkata, dalam 10 bulan pertama 2022, Malaysia terus kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak S$129.5 bilion (RM426.6 bilion), meningkat 23.8 peratus daripada S$104.6 bilion dicatatkan untuk tempoh sama pada 2021.

“Pelabur daripada Singapura juga terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon