B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ECK dilantik bangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

ECK dilantik bangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

24 Feb 2021

‘ECK Group of Companies’ (ECK) mengumumkan dilantik kerajaan negeri Kedah bagi menyertai usahasama membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Syarikat terbabit pada kenyataan hari ini berkata, mereka akan terbabit secara langsung sebagai rakan strategik projek KXP bermula daripada urusan pembinaan sehingga pentauliahan lapangan terbang itu.

Katanya, ia termasuk membawa masuk operator lapangan terbang dan operator kargo antarabangsa untuk menjalankan operasi di KXP selepas ia siap kelak.

“Selain membangunkan lapangan terbang bertaraf antarabangsa dengan dua landasan, ECK turut akan terbabit dalam pembangunan komponen utama lain iaitu bandar raya udara dikenali ‘Kedah Aerotropolis’ dan ‘Airport City’ di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda.

“ECK juga akan memainkan peranan menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di Kedah Aerotropolis dan Airport City,” katanya.

Mengulas lanjut, ECK mengumumkan, sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) akan ditubuhkan dengan fungsi utama mendorong pembangunan dan kewangan bandar raya udara di kawasan seluas lebih 4,000 hektar.

Katanya, syarikat SPV ini terbabit akan dipengerusikan Tunku Laksamana Kedah Datuk Seri Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

“Anggota lembaga pengarah syarikat pula terdiri daripada wakil kerajaan negeri Kedah dan pihak swasta.

“Setelah siap, KXP bakal mengubah wajah Kedah dan negeri jiran secara drastik,” katanya.

ECK menjelaskan, pelabur dalam pelbagai industri seperti sektor kewangan, pengilangan serta perusahaan berat dan sederhana khususnya teknologi udara, semikonduktor dan sebagainya yang bernilai tinggi akan menghidupkan KXP.

“Kedah Aerotropolis akan menjadi bandar raya moden dengan komponen perumahan dan perniagaan, bandar perubatan, pengurusan akademi, teknologi informasi dan komunikasi serta hab pengangkutan serba lengkap,” katanya.

Sumber: Harian Metro

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon