B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ECERDC sasar pelaburan RM3 bilion di Kelantan

ECERDC sasar pelaburan RM3 bilion di Kelantan

09 Mac 2023

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan pelaburan RM3 bilion di Kelantan tahun ini, sekaligus mewujudkan banyak pekerjaan baharu dan keusahawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, berkata, sejak dua tahun lalu, Pakej Insentif Khas Kelantan dipromosi secara meluas dalam usaha untuk mengekalkan momentum pelaburan ke Kelantan.

“Pelabur yang layak boleh menikmati kadar cukai pendapatan sifar peratus selama 15 tahun dan lanjutan lima tahun lagi pada kadar istimewa 17 peratus.

“Selain itu, individu pemastautin bukan warganegara yang memegang jawatan utama dalam syarikat yang termasuk bawah inisiatif ini, hanya akan dikenakan kadar cukai rata 15 peratus sebagai insentif tambahan untuk meningkatkan daya saing Kelantan sebagai sebuah destinasi pelaburan.

“Sehingga Februari tahun ini, ECERDC sudah mencapai sasaran RM1.1 bilion dalam pelaburan komited dan saya yakin sasaran RM3 bilion dapat dicapai, di samping menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor pertanian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau hadir dalam Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di di sini, yang menyaksikan 600 peserta menamatkan latihan dan kursus.

Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan turut hadir ialah Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohamad Ahmad Shazly Ramli.

Turut diadakan adalah pelancaran Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan (sesi 2022/2024) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) serta program Yayasan PETRONAS enterpreneur ECER bersama SIRIM.

Sementara itu Mohamad Ahmad Syazly berkata, program empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang dikendalikan oleh UiTM dan USM itu akan membabitkan 800 peserta daripada keluarga B40 di Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Machang.

“Peserta terdiri daripada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan baharu serta sedia ada dari daerah berkenaan dan setiap peserta akan menjalani latihan kemahiran dan keusahawanan selama 12 bulan.

“Antara latihan kemahiran termasuklah bidang dandanan rambut dan terapi kecantikan, jahitan, percetakan, sulaman dan produk kreatif, pembuatan makanan, membaik pulih peralatan elektrik, refleksologi serta kesihatan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon