DNeX, kumpulan syarikat Arab Saudi tubuh JV tinjau peluang digital - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


DNeX, kumpulan syarikat Arab Saudi tubuh JV tinjau peluang digital

DNeX, kumpulan syarikat Arab Saudi tubuh JV tinjau peluang digital

29 Ogo 2022

Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holding Group akan menubuhkan syarikat usaha sama (JVCo) di negara itu bagi mengenal pasti peluang dalam bidang bernilai tinggi seperti digital, pengkomputeran awan serta Revolusi Perindustrian Keempat.

Dalam satu kenyataan hari ini, DNeX berkata di bawah perjanjian rangka kerja kolaboratif (CFA), JVCo tersebut akan menjalankan kerjasama dan menyediakan perkhidmatan di pasaran Arab Saudi, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Dua pihak terbabit turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meninjau usaha pembukaan sebuah kilang pembungkusan dan pemasangan di Arab Saudi.

DNeX berkata Ajlan & Bros juga berkemungkinan besar menyertai rancangannya untuk membina serta menyediakan kemudahan fab semikonduktor 12 inci baharu di Malaysia.

Perjanjian-perjanjian tersebut adalah susulan daripada pemeteraian MoU pada Jun lepas bagi meneroka sinergi perniagaan antara DNeX dan Ajlan & Bros.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DNeX Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyifatkan JVCo berkenaan bakal meraih manfaat daripada pengaruh Ajlan & Bros di peringkat rantau terbabit, sekali gus membuka peluang untuk DNeX mengembangkan lagi kehadirannya di Arab Saudi dan pasaran MENA.

“Kerjasama di bawah CFA itu turut meliputi penggunaan teknologi tempatan daripada DNeX dan syarikat-syarikat di bawah kumpulan berkenaan bagi membantu transformasi perkhidmatan awam dan sektor swasta Arab Saudi.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon