B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Digital Nasional laporkan ‘kemajuan besar’ dalam pelancaran rangkaian 5G negara

Digital Nasional laporkan ‘kemajuan besar’ dalam pelancaran rangkaian 5G negara

08 Jul 2021

Digital Nasional Bhd (DNB) melaporkan “kemajuan yang besar” dalam pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur generasi kelima (5G) negara, bermula dengan penglibatan peserta industri di seluruh negara, termasuk pengendali rangkaian mudah alih (MNO) serta pemilik menara dan fiber.

Syarikat teknologi itu menyatakan bersama dengan rakan strategiknya Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson), pelancaran rangkaian 5G Malaysia di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang Disember 2021 berada di landasan yang betul, dengan objektif untuk mencapai liputan 80 peratus di seluruh Kawasan berpenduduk menjelang 2024.  

“Pembiayaan peralatan rangkaian akan diperoleh daripada institusi kewangan asing dan domestik yang diurus oleh Ericsson sebagai sebahagian daripada perjanjian membekal, menyerah dan mengurus keseluruhan rangkaian 5G,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Syarikat itu memaklumkan reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan rangkaian 5G Malaysia yang diuruskan oleh Ericsson dianggarkan bernilai RM11 bilion, kirakira RM700 juta lebih rendah daripada nilai kos pemilikan dalam bidaan yang paling terdekat. 

Kos peralatan rangkaian, perkhidmatan,  penyelenggaraan  berterusan serta  pengurusan rangkaian Ericsson  sebanyak RM4 bilion adalah yang terendah, katanya sambil menambah baki kira-kira RM7 bilion akan menampung kos infrastruktur daripada pihak lain yang merangkumi penyewaan menara utama dan pajakan fiber dalam tempoh 10 tahun.

DNB berkata ia juga akan menjamin aliran tunai masa depan daripada perniagaan dengan MNO melalui sukuk bagi membiayai perbelanjaan operasi rangkaiannya yang lain dan memenuhi kewajipan membayar balik mengikut ketetapan.

“Lebih daripada 60 peratus perbelanjaan untuk rangkaian infrstruktur akan memberi faedah terus kepada kepentingan bumiputera dan kontraktor bumiputera dalam industri telekomunikasi,” katanya. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon