B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Deloitte: Malaysia berada di landasan capai transformasi teknologi, digital

Deloitte: Malaysia berada di landasan capai transformasi teknologi, digital

20 Apr 2021

Malaysia berada di landasan yang betul ke arah transformasi teknologi dan digital daripada bandar pintar hinggalah kepada inisiatif Jalinan Digital Negara  (JENDELA), kata rma audit antarabangsa Deloitte Touche Tohmatsu Ltd (DTTL).

Ketua Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Deloitte Malaysia Kamarul Baharin berkata peruntukan besar sebanyak RM1 bilion bagi transformasi digital dan RM7.4 bilion bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar sudah pastinya menggalakkan ekonomi yang dipacu digital.

“Kami mendapat dorongan daripada komitmen tinggi Malaysia dan pelaburan untuk melaksanakan perubahan teknologi.

“Seiring dengan gelombang digital global, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu menerapkan pemikiran baharu tentang bagaimana ia menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata kerajaan di seluruh dunia semakin menumpukan kepada pengalaman pelanggan dengan menambah baik kepuasan pelanggan, kecekapan dan keberkesanan misi.

DTTL mengetengahkan beberapa pertimbangan utama dalam mencari model baharu penyampaian perkhidmatan untuk menyediakan keperluan rakyat dengan lebih baik lagi dan satu daripadanya adalah menangani cabaran mental.

“Cabaran terbesar dalam mencari cara baharu menjalankan perniagaan adalah tanggapan mengenai bagaimana kerja perlu dilakukan. 

“Jika pemimpin mahu mengambil kesempatan daripada teknologi baharu bagi memenuhi keperluan rakyat dalam cara baharu, mereka perlu dapat melihat cara baharu menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Faktor lain untuk diatasi adalah cabaran kawal selia kerana sesebuah kerajaan menguruskan risiko bukan hanya bagi pekerja dan pelanggan tetapi juga bagi semua rakyat.

Tidak seperti entiti swasta, program kerajaan sering perlu mengambil kira kekangan undang-undang mengenai apa dan bagaimana perkhidmatan boleh disampaikan kepada rakyat.

“Kebanyakan agensi kerajaan masih mempunyai kebebasan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon