B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Cypark jalin kerjasama dengan PKNME untuk sertai projek perkongsian awam WTE di Melaka

Cypark jalin kerjasama dengan PKNME untuk sertai projek perkongsian awam WTE di Melaka

24 Apr 2021

Cypark Resources Bhd menjalinkan kerjasama  dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk menyertai Projek Perkongsian Awam Sisa kepada Tenaga (WTE) di Sungai Udang, Melaka.

Penyedia penyelesaian tenaga boleh baharu dan kejuruteraan alam sekitar bersepadu itu menandatangani perjanjian kerjasama dengan anak syarikat milik penuh PKNM, PKNM Energy Sdn Bhd (PKNME) pada Jumaat bagi tujuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cypark, Datuk Daud Ahmad berkata berlandaskan perjanjian berkenaan, pihaknya bekerjasama dengan PKNME untuk meneroka, membangunkan dan menyelesaikan isu pengurusan sisa di negeri itu menerusi teknologi yang terbukti berkesan sejak sekian lama dan mesra alam sekitar termasuk pembangunan projek WTE Melaka.

“Susulan pembangunan loji WTE pertama Malaysia di Ladang Tanah Merah, kami sukacita mengumumkan loji kedua WTE di negara ini akan dibangunkan tidak lama lagi.

“Ia juga menandakan kita semakin hampir kepada kaedah hijau dalam menguruskan sisa yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kerjasama itu membolehkan Cypark maju lebih dekat ke arah merealisasikan matlamat membangunkan lebih banyak projek WTE selepas projek WTE di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan.

Sebagai peneraju  pembangunan WTE, Cypark yakin mampu memperluas kepakarannya menerusi pemerolehan lebih banyak tender WTE, disokong oleh rekod prestasi cemerlang dalam pembinaan, pemilikan dan pengoperasian loji WTE pertama Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon