B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


CIMB peruntuk RM250 juta bantu kemampanan PKS

CIMB peruntuk RM250 juta bantu kemampanan PKS

03 Feb 2021

CIMB Group memperuntukkan RM250 juta dalam CIMB GreenBizReady untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia memulakan dan maju dalam perjalanan kemampanan mereka.

PKS akan diperkasakan melalui penyelesaian kewangan dan insentif seperti faedah pembiayaan berkaitan kemampanan, akses kepada penyedia perkhidmatan kemampanan, latihan dan pembangunan kapasiti, pensijilan dan khidmat nasihat serta padanan perniagaan dengan sokongan daripada pemimpin industri dan agensi kerajaan.

“GreenBizReady akan memberikan PKS kelebihan daya saing dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kaedah yang praktikal untuk menerapkan pertimbangan ekonomi, alam sekitar dan sosial (EES) dalam perniagaan mereka, membantu mereka bersedia kepada kemampanan untuk daya tahan perniagaan dalam jangka masa panjang.

“Ia akan turut membantu PKS memanfaatkan sokongan dan insentif yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mempercepatkan pelaksanaan ekonomi hijau,” menurut bank itu dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata penyelesaian itu akan membolehkan PKS memulakan peralihan mereka kepada kemampanan sejajar dengan standard global dan amalan terbaik.

Pada tahun lalu, CIMB membabitkan kira-kira 500 PKS melalui pelbagai inisiatif dan didapati terdapat minat yang semakin meningkat terhadap perniagaan kemampanan.

“Dalam kerjasama dengan rakan strategik kami, GreenBizReady dibangunkan sebagai penyelesaian yang menyeluruh untuk membantu PKS menerapkan elemen EES dalam perniagaan mereka, mengurangkan jejak karbon dan mewujudkan impak yang positif dengan sasaran kepada pertimbangan jangka panjang.

“Ini sejajar dengan inisiatif pengantaraan berasaskan nilai (VBI) Bank Negara Malaysia, dan CIMB Islamic amat menyokongnya selain ahli pengasas komuniti pengamal VBI,” katanya. Antara organisasi dan agensi kerajaan yang akan bekerjasama dengan CIMB sebagai sebahagian daripada GreenBizReady ialah Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, TNBX Sdn Bhd, Impacto Sdn Bhd dan SIRIM Bhd.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon