Alibaba Cloud buka pusat inovasi antarabangsa di Malaysia - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Alibaba Cloud buka pusat inovasi antarabangsa di Malaysia

Alibaba Cloud buka pusat inovasi antarabangsa di Malaysia

08 Jun 2021

Alibaba Cloud, cabang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group akan melancarkan Pusat Inovasi Alibaba Cloud di ibu negara bagi menyediakan persekitaran yang kondusif kepada syarikat pemula niaga untuk berkembang di Malaysia dan di luarnya.

Pusat itu adalah sebahagian daripada Projek AsiaForward untuk mewujudkan sejuta kumpulan tenaga kerja digital dan memperkukuhkan 100,000 pembina serta pertumbuhan 100,000 syarikat pemula niaga teknologi di Asia Tenggara dan Hong Kong dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan dana dan sumber awal berjumlah AS$1 bilion (RM4.11 bilion).

“Syarikat itu turut berhasrat melatih 30,000 profesional tempatan bagi tahun kewangan fiskal yang akan datang di Malaysia bagi memperkukuhkan komitmen kemajuan tenaga kerja domestiknya.

“Sebagai pusat inovasi antarabangsa pertama yang terletak di luar China, pelancaran itu adalah seiring dengan komitmen jangka panjang Alibaba Cloud untuk memajukan tenaga kerja digital dan menyumbang kepada kemajuan perniagaan tempatan di Asia Pasifik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengurus Besar Unit Perniagaan Antarabangsa Alibaba Cloud Intelligence, Selina Yuan, berkata penyedia perkhidmatan awan itu komited untuk melabur dalam masa depan digital di Malaysia dan membuka pusat inovasi antarabangsanya yang pertama di negara ini.

Beliau berkata, ia juga bukti komitmennya yang berpanjangan kepada Malaysia.

“Menerusi pusat inovasi ini, kami berharap dapat membantu perniagaan di Malaysia agar bukan sahaja bertahan dan berkembang semasa pandemik, malah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memajukan tenaga kerja tempatan, mempersiapkan mereka untuk memanfaatkan masa depan digital,” katanya.

Selina berkata, syarikat pemula niaga dalam industri perkhidmatan teknologi kewangan, perbankan, Internet, peruncitan dan teknologi maklumat (IT) boleh menerima banyak faedah daripada pusat inovasi itu.

Katanya, selain menerima latihan teknologi dan perniagaan, ahli yang menyertai pusat inovasi berkenaan akan turut berpeluang untuk berinteraksi dengan usahawan berpengalaman dan pakar industri yang boleh menjadi mentor untuk memberi panduan kepada syarikat pemula niaga atau memperkenalkan mereka kepada modal usaha niaga.

“Bagi memudahkan kemajuan perniagaan syarikat pemula niaga, Alibaba Cloud turut menawarkan ruang pejabat bersubsidi, penjenamaan bersama dan peluang rangkaian, selain peluang perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan China menerusi Program China Gateway,” katanya.

Selina berkata, Alibaba Cloud juga akan bekerjasama dengan rakan dari Malaysia, Handsprofit untuk membawa kepakaran tempatannya ke pusat inovasi itu bagi memastikan kelancaran pusat operasi berkenaan melalui hubungan tempatan yang kukuh.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon