B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


George Kent ceburi pelaburan sarung tangan

George Kent ceburi pelaburan sarung tangan

08 Jun 2021

George Kent (Malaysia) Bhd menerima lampu hijau daripada pemegang sahamnya untuk mereka bentuk dan membangunkan kilang pengeluaran sarung tangan di Taman Perindustrian Pelabuhan Lumut, Perak bernilai kira-kira RM624.1 juta.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, ia menjangkakan untuk mengembangkan perniagaan pembangunan fasiliti pengeluaran sarung tangan ini di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, ia bagi memenuhi permintaan yang kukuh daripada peserta pengeluaran sarung tangan baharu dan sedia ada yang berhasrat untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran mereka untuk tahun mendatang.

“Pemegang saham juga meluluskan cadangan kumpulan untuk membeli 40 peratus kepentingan ekuiti dalam Dynacare Sdn Bhd, anak syarikat milikan penuh Johan Holdings Bhd, membabitkan RM40 juta atau RM1 sesaham,” katanya.

Pengerusi George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock, berkata kontrak itu akan meningkatkan nilai tempahan syarikat kejuruteraan itu dengan ketara.

“Kontrak ini juga menandakan kemasukan kami ke dalam ruang pembinaan kemudahan pembuatan sarung tangan. Permintaan untuk kemudahan seperti itu kekal teguh.

“Selain itu, pelaburan kumpulan ke dalam Dynacare akan turut memberikan aliran baharu yang penting bagi pendapatan jangka panjang yang mampan dan berulang bagi pemegang sahamnya,” katanya.

Tambah Kay Hock, George Kent akan melakukan kerja-kerja termasuk kerja-kerja bangunan sivil dan struktur, kerja mekanikal dan elektrikal, dan pembinaan sambungan utiliti seperti bekalan elektrik, gas dan air, serta kemudahan rawatan air sisa dan kitar semula air.

Katanya, pihaknya juga akan mereka bentuk, memasang, menguji dan menugaskan 42 barisan pencelupan sarung tangan dan semua sistem sokongan di kilang selama 24 bulan.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon