B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One

8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One

28 Sep 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi kerjasama TM One, akan terus memperkukuh fokus bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata antara yang terlibat ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bandar utama di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Bandar pintar ini akan melibatkan lapan negeri dan kerjasama TM One dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita (kerajaan) akan menumpukan projek ini di kawasan yang berpenduduk padat seperti kawasan perindustrian dan kemudian kita akan mewujudkan bandar pintar di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau reruai TM One sempena Kongres Bandar Pintar ASEAN 2022 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya empat teras utama perlu dititikberatkan untuk mewujudkan ekosistem digital yang inklusif bagi bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Masyarakat Pintar dan Infrastruktur Pintar.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon