B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


5 Wilayah Koridor utama negara terima peruntukan RM1.4 bilion

5 Wilayah Koridor utama negara terima peruntukan RM1.4 bilion

07 Okt 2022

Lima Wilayah Koridor utama negara akan menerima peruntukan keseluruhan RM1.4 bilion iaitu meningkat dua kali ganda berbanding RM690 juta pada tahun ini.

Pada pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, program utama yang dilaksanakan termasuk Projek Ladang Tenusu di Chuping, Perlis dengan kos RM80 juta.

“Kedua pula adalah Program Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan prestasi akademik anak B40 dengan peruntukan RM63 juta dan ketiga, Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di Johor dengan peruntukan RM80 juta.

“Program keempat pula adalah Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay di Sabah dengan peruntukan RM250 juta dan kelima, Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 3 di Sarawak dengan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi koridor, pakej galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini akan ditambah baik dan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi.

“Pertumbuhan ekonomi di utara akan terus dipacu melalui projek Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Delapan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Kerajaan berhasrat membangunkan hab lalu lintas digital dan pusat data alternatif bagi rantau Asia Tenggara di kawasan seluas 81 hektar di SBEZ Delapan.

“Tahun depan, RM25 juta disediakan untuk menyediakan infrastruktur utama, selain sektor swasta pula akan melabur aset perniagaan dengan potensi pelaburan domestik sehingga RM4 bilion dan menyediakan lebih 600 peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan merancang membangunkan bandar bersempadan Thailand dan Kalimantan, Indonesia termasuk Bukit Kayu Hitam di Kedah; Kalabakan, Sabah serta Tebedu dan Bakelalan, di Sarawak dengan kos RM150 juta.

Malah, kerajaan bercadang memulakan kerja awalan bagi pembinaan jalan baharu dari Kalabakan Sabah ke Simanggaris Indonesia dan menaik taraf Jalan Serian-Tebedu Sarawak ke sempadan Indonesia.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon