This site
is mobile
responsive
Perkhidmatan Kewangan
Subsektor perkhidmatan kewangan terdiri daripada perbankan, insurans dan pasaran modal (pembrokeran, pengurusan dana, nasihat pelaburan, perancangan kewangan, pusat penjelasan untuk sekuriti atau derivatif, nasihat mengenai kewangan korporat) dan modal teroka. Selaras dengan Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan semakin menerima pakai prinsip persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk memupuk kemampanan dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih hijau dan berdaya tahan iklim.
Jumlah Pelaburan Diluluskan 2024
Pelaburan Domestik RM3.3bil (76%)
Pelaburan Asing RM1.04bil (24%)
Projek Diluluskan
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan beberapa langkah proaktif untuk membantu orang ramai dan komuniti perniagaan bagi mengurangkan kesan pandemik. Ini termasuk penangguhan dan penstrukturan semula pinjaman berserta pilihan pembiayaan semula. Langkah-langkah ini membantu institusi kewangan menangani potensi kemerosotan dalam keuntungan dan kualiti aset akibat pandemik. BNM juga sedang meneroka pilihan untuk menambah baik potensi perniagaan bagi perniagaan insurans negara, memperkenalkan langkah-langkah seperti membatalkan tarif perniagaan insurans kebakaran dan motor serta menggalakkan digitalisasi untuk meningkatkan interaksi pelanggan dan menambah baik amalan operasi penanggung insurans.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam Kewangan Islam, menunjukkan pertumbuhan kukuh yang disokong oleh rangka kerja kawal selia, undang-undang dan tadbir urus Syariah yang komprehensif, pemain industri yang pelbagai dan penyedia perkhidmatan sampingan profesional serta bakat berkualiti tinggi. Ini juga diakui oleh Bank Dunia dalam laporan tahun 2020 mengenai “Pasaran Bon Domestik Malaysia: Kisah Kejayaan oleh Hab Pertumbuhan Inklusif dan Kewangan Mampan Bank Dunia di Malaysia”.