B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan
Profesional

Malaysia menawarkan tapak perkembangan yang terdiri daripada pelbagai perkhidmatan profesional berkemahiran tinggi dan yang boleh dipasarkan. Syarikat-syarikat didorong untuk merebut peluang yang sedang berkembang dalam subsektor ini kerana akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan produktiviti.

Di bawah Pelan Pembangunan Produktiviti Malaysia (PPPM), perkhidmatan profesional merangkumi industri sasaran yang berikut:

>  Perakaunan
>  Senibina
>  Kejuruteraan
>  Undang-undang
>  Pengiklanan
>  Pengurusan Perundingan
>  Pengurusan Kekayaan

Memandangkan bilangan penyedia perkhidmatan tempatan di Malaysia yang semakin meningkat, MIDA telah mewujudkan satu platform untuk mengalakkan penggunaan perkhidmatan tempatan di negara ini. Pelabur yang ingin memanfaatkan rantaian bekalan tempatan negara boleh mengunjungi Portal i-Services MIDA.

Liberalisasi Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan profesional yang terpilih adalah antara 45 subsektor perkhidmatan yang telah diliberalisasikan pada tahun 2009. Kemudahan untuk memasuki negara ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pelabur asing untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia dan menyumbang kepada peningkatan standard pasaran serta memperkukuhkan daya saing sektor perkhidmatan.

Portal i-Services MIDA

Portal ini merupakan platform perhubungan perniagaan untuk menghubungkan penyedia perkhidmatan tempatan dan bakal pelanggan mereka, yang terdiri daripada syarikat domestik dan asing. Ia berfungsi untuk mempromosikan dan mendorong penggunaan penyedia perkhidmatan tempatan bagi projek pelaburan dan untuk memudahkan program perhubungan oleh MIDA atau agensi lain.

Penyedia perkhidmatan tempatan digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka di portal ini kerana ianya merupakan medium yang efektif dan menjimatkan dalam mempamerkan kepakaran dan kemampuan mereka. Gerbang ini juga akan membantu mereka mengembangkan pasaran dan meningkatkan lagi aktiviti perniagaan.

Sorotan Pelabur Kami

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan di sektor perkhidmatan.
wpChatIcon