B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Usaha tarik lebih ramai pelabur Jepun mampu direalisasi – Ismail Sabri

Usaha tarik lebih ramai pelabur Jepun mampu direalisasi – Ismail Sabri

27 Mei 2022

Dasar Pandang ke Timur yang dimulakan 40 tahun lalu menjadikan Malaysia antara destinasi pelaburan strategik bagi syarikat dari Jepun, sekali gus menjadi penyumbang kemajuan pelbagai sektor di negara ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dapat dilihat dalam tempoh Januari hingga Mac lalu apabila jumlah dagangan di antara Malaysia dan Jepun meningkat sebanyak 13.3 peratus bernilai RM41.75 bilion berbanding RM36. 86 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

“Dalam tempoh berkenaan, jumlah eksport Malaysia ke Jepun juga meningkat sebanyak 19.6 peratus iaitu RM22.68 bilion berbanding RM18.96 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Ismail Sabri berkata, usaha menarik pelabur ke Malaysia mampu direalisasikan menerusi pertemuannya dengan Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA), Tsuyoshi Nagano dan Setiausausaha Agungnya, Kazuto Sasaki yang berhasrat membantu menarik lebih ramai pelabur Jepun ke negara ini.

“Ini akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan kembali ekonomi negara. Dalam pertemuan itu, JAMECA turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Seminar Dasar Pandang ke Timur pada 1 Ogos 2022 nanti.

“JAMECA ditubuhkan secara rasmi pada 1977 di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mempromosikan keharmonian hubungan ekonomi antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari sejak Isnin lalu, lawatan kerja rasmi sulungnya ke negara berkenaan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

Sempena lawatannya, Ismail Sabri bertemu rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon