B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Uni Wall, Sun Solutino bangunkan sebahagian tanah Malaysia Vision Valley 2.0

Uni Wall, Sun Solutino bangunkan sebahagian tanah Malaysia Vision Valley 2.0

04 Feb 2022

Anak syarikat milik 80 peratus Uni Wall APS Holdings Bhd, NS Aero City Sdn Bhd (NSAC) memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Sun Solutino Pte Ltd untuk membangunkan sebahagian tanah di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Uni Wall, yang menjadi penyedia perkhidmatan fakad bangunan kepada pemaju hartanah, berkata pembangunan itu dengan anggaran nilai pelaburan sehingga RM1 bilion, akan merangkumi bahagian tertentu di kawasan pantai dalam MVV 2.0, pusat data baharu, dan ladang solar, serta pelaburan tenaga solar yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Siow Hon Yuen berkata, MoC itu akan kekal sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh perjanjian dan kerjasama itu akan menjadi peluang besar bagi syarikat untuk memanfaatkan kepakaran luas mereka dalam sektor pembinaan.

“Sun Solutino pula akan menyediakan sokongan dalam amanah pelaburan hartanah (REIT), pengurusan pembangunan dan rangkaian antarabangsa.

“Kami yakin dengan kombinasi ini dan sokongan daripada pihak berkuasa kerajaan, kami akan dapat memajukan agenda kerajaan Negeri Sembilan untuk merangsang ekonomi tempatan dengan menyasarkan pemain industri utama yang mampu memberi impak secara keseluruhan,” katanya.

Beliau menambah bahawa syarikat itu membayangkan untuk mewujudkan platform yang berdaya maju, inklusif dan mampan bagi pemain industri melabur di Negeri Sembilan di bawah pembangunan MVV 2.0.

MVV 2.0 ialah koridor pertumbuhan ekonomi yang dimulakan oleh kerajaan Negeri Sembilan, yang diperuntukkan sebagai salah satu daripada 17 zon pembangunan yang digalakkan dalam Rancangan Fizikal Negara Malaysia.

Pembangunan keseluruhan, yang dijangkakan untuk menjadi bandar bersepadu seterusnya di Asia Tenggara dipacu oleh perkongsian awam-swasta, merentasi kawasan seluas 153,411 hektar meliputi daerah Seremban dan Port Dickson.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon