B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan – Ahli panel

Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan – Ahli panel

22 Dis 2020

Transformasi pendigitalan bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan terutamanya bagi perniagaan yang menghadapi pelbagai cabaran dalam tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan pandemik COVID-19.

Izham Ismail, Pengurus Besar Pemecut Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata pandemik telah mengubah tata laku pelanggan dan perniagaan perlu menyedari bahawa mereka perlu berubah.

“Pendigitalan mempunyai spektrum yang amat luas dan ia bergantung kepada matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pemimpin perniagaan, dan pemimpin perlu mengetahui perniagaan dengan baik dan memahami keperluan perniagaan.

“Bukan hanya mengetahui mengenai teknologi tetapi mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh teknologi untuk perniagaan,” katanya pada perbincangan ‘Reboot 4.0: Leadership & Digitalisation SME 2021’ melalui Facebook hari ini.  

Sementara itu, Ketua Pegawai Transformasi Digital dan Teknologi Kumpulan SME Bank Hairil Izwan Abdul Rahman berkata setiap pemimpin dalam perniagaan digital perlu mengetahui dan memahami teknologi yang dapat membantu mengembangkan perniagaan mereka serta menaik taraf dan mendigitalkan perniagaan agar sesuai dengan perubahan landskap ekonomi.

Beliau berkata memandangkan perniagaan digital tidak lagi memerlukan premis perniagaan, ia akan lebih menjimatkan, dan pemimpin hanya memerlukan kemahiran dalam teknologi terkini.

“Oleh kerana itu, kita perlu mengetahui teknologi yang sesuai dengan perniagaan kita dan kita perlu memahami perniagaan kita serta memahami (landskap) perniagaan semasa serta peluang masa depan,” katanya.

Ahli panel lain di Reboot 4.0: Leadership & Digitalisation SME 2021 ialah Ketua Pegawai Operasi Telekom Malaysia Bhd Azizi A Hadi dan Ketua Segmen PKS di Unifi Azmi Abdullah.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon