Titijaya, DHL bina kompleks logistik termoden - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Titijaya, DHL bina kompleks logistik termoden

Titijaya, DHL bina kompleks logistik termoden

27 Mac 2022

Anak syarikat milik penuh Titijaya Land Bhd, City Meridian Development Sdn Bhd dan DHL Properties (M) Sdn Bhd akan membangunkan kompleks komersial logistik paling moden, khususnya untuk menawarkan penyelesaian logistik semikonduktor kepada sektor elektrik dan elektronik.

Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Lim Poh Yit, berkata pembangunan bercampur berkeluasan 8.09 hektar di Bayan Lepas itu dijangka memulakan pembinaan pada Jun dan selesai menjelang Jun 2023.

“Kami ingin berterima kasih kepada DHL, antara syarikat logistik terbesar dunia kerana mengamanahkan kami untuk membina kompleks komersial logistik paling moden ini yang dilengkapi sistem penyimpanan dan dapatan semula automatik palet serta teknologi robotik kenderaan berpandu automatik.

“Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang kepada Titijaya membabitkan projek yang sama.

“Projek ini menandakan usaha sama pertama kami dalam kemudahan semikonduktor premium dan akan menyumbang secara positif terhadap prospek syarikat,” katanya berucap pada majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) di sini, semalam.

LOI itu ditandatangani oleh Poh Yit dan Pengarah Urusan DHL Supply Chain Malaysia, Mario Lorenz.

Ia disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mengulas mengenai projek itu, Lorenz berkata, logistik kontrak adalah segmen penting kepada mana-mana pengilang untuk memastikan rantaian bekalan yang lancar dan menurutnya, kemudahan itu mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap keupayaan DHL dalam menyediakan penyelesaian logistik.

“Selain itu, jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadikannya sebagai lokasi strategik kepada perniagaan untuk berkembang maju,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon