B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat Jepun labur AS$600 juta di Sarawak

Syarikat Jepun labur AS$600 juta di Sarawak

18 Okt 2022

Kerajaan Sarawak mengesahkan menerima pelaburan bernilai AS$600 juta daripada syarikat yang berpangkalan di Jepun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarikat gergasi tersebut memberi komitmen untuk mengembangkan kemudahan peleburan ferraaloi dan ferrosilikon di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Kerajaan Sarawak sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara beberapa syarikat Jepun baru-baru ini.

“Ini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada anak Sarawak dalam bidang berkaitan bioteknologi dan juga biologi kimia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ‘Town Hall’ pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini.

Abang Johari berkata, antara syarikat lain yang memberi komitmen pelaburan berkenaan termasuk syarikat Sumitomo.

Di samping itu katanya, Kerajaan Sarawak mewujudkan Strategi Pembangunan PascaCovid-19 2030 (PCDS 2030) bagi menentukan hala tuju ekonomi yang menggerakkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) hingga RM280 bilion menjelang 2030.

“Walaupun ini memberikan cabaran kepada kita tetapi saya yakin orang Sarawak mampu menyokong ke arah ekonomi baharu.

“Saya mempunyai keyakinan ini kerana saya tahu bahawa anak Sarawak mencari cara efektif, selain menghantar anak-anak kita ke peringkat pengajian tinggi dalam jurusan yang sangat diperlukan oleh Sarawak,” jelasnya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak turut memberi penekanan kepada ekonomi baharu berteraskan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidrogen.

Sumber: Sarawak Voice

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon