Syarikat China bangunkan kenderaan elektrik - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat China bangunkan kenderaan elektrik

Syarikat China bangunkan kenderaan elektrik

06 Apr 2023

Malaysia membawa masuk pelaburan kira-kira RM32.5 bilion menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Menterinya, Chang Lih Kang, berkata jumlah pelaburan berkenaan membabitkan dua syarikat daripada China menerusi syarikat automotif Geely bagi kenderaan elektrik (EV) dan sebuah syarikat teknologi DC-Sciences Co Ltd (DCS) membabitkan pusat data.

“Pelaburan Geely akan mencecah RM30 bilion dalam EV dan Malaysia juga banyak mempromosi Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Tanjung Malim. Geely pelabur yang paling besar setakat ini.

“Satu lagi ialah DC-Sciences, sebuah pusat data yang akan berada di Sedenak, Johor. Pusat data berkenaan akan memberikan nilai pelaburan RM2.5 bilion kepada Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain syarikat Geely, dua lagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) akan datang melawat ke Malaysia pada Sabtu ini, bagi menerokai peluang pelaburan.

Katanya, dua syarikat berkenaan tidak termasuk dalam pelaburan berjumlah RM170 bilion yang diumumkan sebelum ini.

“Syarikat terbabit ialah China Harmony Auto Holding Limited dan GAC Aion New Energy Automobile Limited,” katanya.

Katanya, China turut berminat untuk melabur dalam bidang teknologi angkasa, tenaga diperbaharui dan kenderaan yang menggunakan tenaga berkenaan.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon