B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia

Syarikat asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia

26 Mei 2022

Syarikat -syarikat asing terus yakin dalam menjalankan perniagaan di Malaysia, menurut tinjauan oleh HSBC yang meliputi enam ekonomi terbesar di dunia.

Lebih daripada 1,500 syarikat dari China, India, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan United Kingdom mengambil bahagian dalam kaji selidik yang bertajuk ‘HSBC Navigator: Sea in Focus’, sebanyak 32 peratus daripada syarikat itu mempunyai operasi di Malaysia.

HSBC Bank Malaysia BHD (HSBC Malaysia) berkata perniagaan di China, India dan terutama AS mahu memperluaskan operasi Malaysia mereka, mengutamakan pertumbuhan di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang atau memasuki pasaran Malaysia dua tahun akan datang.

“Perkembangan terbaharu ini berlaku dalam persekitaran pemulihan ekonomi apabila negara menerima kesan daripada tahun ketiga pandemik global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill, berkata Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang menarik kepada ekonomi terbesar di dunia.

“Daya tahan ekonomi negara, rantaian bekalan yang cekap dan ekonomi digital yang berkembang pesat adalah tanda-tanda positif yang dicari syarikat-syarikat antarabangsa untuk peluang pertumbuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kaji selidik itu, China menunjukkan minat mendalam dalam pasaran Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

“Antara enam pasaran ‘inbound’ dalam kajian itu, syarikat-syarikat dari China berkemungkinan besar merancang untuk pengembangan operasi perniagaan mereka di Malaysia, 41 peratus berbanding secara purata sebanyak 22 peratus.

“Ini adalah selaras dengan hubungan perdagangan China dan Malaysia kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia selama 12 tahun berturut -turut,” kata HSBC Malaysia.

Selain itu, hampir tiga dalam 10 (29 peratus) syarikat dari India dan hampir satu daripada empat (24 peratus) syarikat dari AS memberi keutamaan kepada pertumbuhan di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, katanya.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk pelaburan asing dalam masa terdekat kerana hampir dua dalam 10 (19 peratus) syarikat merancang untuk berkembang di Malaysia dalam temph dua tahun akan datang dengan tumpuan khusus dari firma India (25 peratus) dan syarikat-syarikat dari China (22 peratus).

Menurut HSBC Malaysia, syarikat asing tertarik kepada Malaysia disebabkan oleh pandangan ekonomi yang optimis dan merebut peluang disediakan pasaran Malaysia untuk membangun, menguji produk dan penyelesaian baharu

“Satu pertiga daripada responden menyatakan ciri-ciri pasaran berkenaan (masing -masing sebanyak 34 peratus dan 33 peratus) sebagai menarik mereka untuk mengembangkan operasi Malaysia mereka,” katanya.

Secara purata, responden juga memberitahu bahawa kemudahan rantaian bekalan (30 peratus), ketahanan ekonomi yang terbukti sebagai tindak balas kepada pandemik (31 peratus) dan ekonomi digital yang semakin meningkat (31 peratus) sebagai alasan yang menarik untuk pengembangan perniagaan di Malaysia.

‘HSBC Navigator: Sea in Focus’ mengukur sentimen syarikat untuk menjalankan perniagaan di rantau Asia Tenggara dan setiap negara, memberi tumpuan khusus kepada perdagangan, pendigitan dan kemampanan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon