B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Selangor terima pelaburan RM30b tempoh 2020-Jun 2022

Selangor terima pelaburan RM30b tempoh 2020-Jun 2022

23 Nov 2022

Sebanyak 689 projek perkilangan diluluskan di Selangor dengan pelaburan berjumlah RM30.82 bilion bagi tempoh 2020 hingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim, berkata daripada nilai pelaburan berkenaan, RM19.16 bilion adalah pelaburan tempatan.

“Sejumlah RM11.66 bilion lagi adalah daripada pelaburan asing dan sebanyak 39,287 potensi peluang pekerjaan sudah diwujudkan setakat ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Menjawab soalan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan), Chang Khim, berkata beberapa sektor industri juga dikenal pasti menjadi fokus pelabur dari dalam dan luar negara.

Antara sektor berkenaan, katanya, adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan serta mesin dan peralatan.

“Selain itu, dua industri baharu turut dikenal pasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan, iaitu perkhidmatan logistik serta pelaburan digital seperti perkhidmatan perniagaan global (GBS), pusat data dan teknologi kandungan kreatif.

“Invest Selangor ketika ini sedang melaksanakan kajian bagi menilai semula sektor-sektor yang menjadi tumpuan sebelum ini serta meneroka sektor-sektor baru yang berpotensi dan menjadi kekuatan Selangor.

“Sektor berkenaan untuk dipromosikan pada masa hadapan dalam usaha menarik pelaburan dalam pelbagai sektor yang berpotensi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon