B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sektor teknologi kekal cemerlang dalam jangka sederhana dan panjang

Sektor teknologi kekal cemerlang dalam jangka sederhana dan panjang

26 Jan 2021

Sektor teknologi dijangka terus mengatasi saingannya dalam jangka sederhana hingga panjang, didorong oleh peningkatan penggunaan peranti teknologi serta krisis perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang masih belum selesai.

Ketua Pegawai Pelaburan UOB Asset Management (M) Bhd (UOBAM) Francis Eng berkata integrasi peranti berteknologi seperti telefon pintar dalam kehidupan seharian akan mendorong permintaan terhadap produk seperti itu.

“Ini memberikan banyak peluang kepada pengeluar teknologi Malaysia,” katanya dalam taklimat media maya hari ini.

Selain itu, Eng berkata krisis perdagangan AS-China yang belum selesai memberi kelebihan kepada sektor teknologi tempatan disebabkan berlakunya, lencongan perdagangan, walaupun ketegangan tersebut dijangka mengendur di bawah pentadbiran Presiden AS yang baru dipilih, Joseph Biden.

“Kami berpendapat mod pengurangan dalam ketegangan AS-China akan terus berlaku dan perubahan perdagangan, yang mana, pelabur akan mempelbagaikan rantaian bekalan mereka (disebabkan perang perdagangan) akan berterusan.

“Ini akan terus memanfaatkan sektor teknologi Malaysia dan prospek sektor ini kekal memberangsangkan,” katanya.

Beliau menjelaskan saham-saham teknologi telah menunjukkan prestasi yang baik pada 2020, menjadi salah satu sektor yang menerajui pengukuhan pasaran ekuiti tempatan pada tahun lepas.

Sama dengan pandangan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM Lim Suet Ling berkata kesedaran mengenai tenaga mesra alam sekitar seperti kenderaan elektrik (EV) membantu meransangkan sektor teknologi.

“Kami tidak semata-mata menjurus kepada kereta atau bateri itu sendiri, tetapi pengeluar komponen EV seperti semikonduktor atau sensor,” katanya.

UOBAM semasa taklimat media turut melancarkan Dana Pendapatan ESG United-i Asia, dana persekitaran, sosial dan tadbir urus patuh Syariah (ESG) yang pertama bagi membantu pelabur runcit mendapat manfaat daripada pelaburan yang mampan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan dana itu dilaburkan dalam portfolio ekuiti dan pelbagai instrumen hutang yang dikeluarkan oleh syarikat di seluruh rantau Asia (tidak termasuk Jepun) yang mematuhi prinsip Syariah serta mengguna pakai pertimbangan ESG ke dalam model dan amalan perniagaan mereka.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X