B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Scomi bentuk syarikat usaha sama teroka industri rel

Scomi bentuk syarikat usaha sama teroka industri rel

19 Mei 2021

Scomi Group Bhd menubuhkan syarikat usaha sama (JV) dengan kepentingan 20:80 bersama Zuha Systems Sdn Bhd bagi meneroka peluang dalam industri rel.

Scomi dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian JV hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas berstatus Nota Amalan 17 (PN17) itu menjelaskan perjanjian itu adalah selaras dengan strategi syarikat untuk mencari pakatan strategik yang menawarkan manfaat pertumbuhan sinergi yang akan menyumbang ke arah penjanaan hasil berulang serta keuntungan yang mampan.

“Strategi ini adalah sebahagian daripada usaha kami ke arah penstrukturan dan pembinaan semula syarikat,” katanya.

Scomi berkata, Zuha terbabit dalam sektor pengangkutan awam dan tenaga, kepakaran syarikat itu merangkumi pengangkutan bandar, rel, minyak dan gas (O&G) serta tenaga boleh diperbaharui.

“Zuha juga bekerjasama dengan rakan teknologi, pakar dan pengeluar peralatan asal (OEM) dalam banyak projek yang membabitkan syarikat berkenaan” katanya.

Dengan ini, Scomi percaya bahawa perjanjian dengan Zuha akan menawarkan potensi yang luas kepada syarikat itu, kerana JV itu akan membolehkan kedua-dua organisasi berkongsi pengalaman dan kepakaran.

“JV ini akan menyasarkan peluang dalam projek rel konvensional serta dalam bandar yang sedang dirancang di negara ini.

“Dengan menggunakan kepakaran penyelenggaraan dalam syarikat, JV ini optimis terhadap potensinya bagi mendapatkan projek dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih untuk industri rel,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon