Sarawak perlukan kepakaran dalam bidang biokimia - Abang Jo - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sarawak perlukan kepakaran dalam bidang biokimia – Abang Jo

Sarawak perlukan kepakaran dalam bidang biokimia – Abang Jo

13 Sep 2022

Sarawak memerlukan kepakaran kerjaya dalam bidang biokimia memandangkan negeri ini semakin giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan petrokimia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata buat masa ini, Sarawak memerlukan kira-kira 1,200 jurutera yang mempunyai kelulusan dalam bidang biokimia untuk bekerja di loji Methanol di Bintulu yang terletak di bahagian tengah negeri itu.

Katanya keperluan pakar dalam bidang itu juga akan bertambah seiring dengan penambahan sebuah lagi loji gas yang dibangunkan oleh syarikat Shell.

“Kita (Sarawak) kini ada loji methanol yang memerlukan kepakaran dalam bidang biokimia dan seterusnya kita mahu ke peringkat lebih tinggi seperti ammonia, baja dan sebagainya yang berkaitan dengan biokimia ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Ke-30 di sini, hari ini. 

Berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata beliau berbangga dengan kadar kebolehpasaran lulusan Politeknik Kuching (PKS) yang melebihi 96 peratus, menunjukkan pelajar lepasan institut ini cukup laris dalam pasaran pekerjaan.

“Ini sememangnya pencapaian yang berjaya kerana semua bekas pelajar diserap oleh industri…yang membuktikan standard pengajaran di Politeknik Kuching itu sendiri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah dapat melahirkan tenaga kerja yang dikehendaki oleh ndustri kita,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon