B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Samaiden, SWG bekerjasama untuk sedia penyelesaian tenaga diperbaharui

Samaiden, SWG bekerjasama untuk sedia penyelesaian tenaga diperbaharui

06 Jan 2022

Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd telah memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan SWG Technologies (M) Sdn Bhd (SWG Tech) untuk bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian bagi pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah dan Sarawak.

SWG Tech ialah anak syarikat milik penuh Sinowaja (Malaysia) Sdn Bhd.

Di bawah perjanjian itu, Samaiden dan Sinowaja akan memberi tumpuan kepada projek kerjasama berhubung dengan fotovoltaik solar (PV) serta sistem pintar atau mikrogrid di Sabah dan Sarawak, kata Kumpulan Samaiden dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Skop kerja Samaiden termasuk membekalkan produk yang diperlukan dan sokongan teknikal kepada Sinowaja manakala Sinowaja akan menyokong dalam reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan serta kerja berkaitan terutamanya dalam projek PV solar,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee berkata kerjasama itu adalah sinergi, membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan keupayaan teknikal dan kepakaran industri masing-masing yang bekerja dalam projek RE.

“Selain itu, perkongsian ini sejajar dengan hasrat kumpulan sebagai pakar RE untuk berkembang secara geografi dan pada masa yang sama memberikan maklumat RE daripada kami kepada Sinowaja, penyedia penyelesaian tenaga berpengalaman di Sabah dan Sarawak yang berhasrat untuk memasuki industri RE.

“Kami yakin kerjasama ini akan mempercepatkan pembangunan RE dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon di Sabah dan Sarawak dalam persekitaran transformasi RE yang semakin bergerak pantas,” katanya.

Kemampanan yang menjadi perkara utama dalam agenda pembangunan Sarawak selain daripada pemilikan sumber asli yang banyak, Chow berkata kumpulan itu menjangkakan pelaburan yang besar dalam industri RE daripada kedua-dua sektor swasta dan awam pada tahun-tahun akan datang untuk membekalkan tenaga bersih di rantau ini.

“Oleh itu, ini akan menyediakan peluang perniagaan yang luas kepada kami sebagai salah satu penyedia kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) RE terkemuka di Malaysia dan pada masa yang sama kami membawa kepakaran ke dalam pasaran ini,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon