B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Samaiden, Chudenko teroka peluang tenaga boleh diperbaharui

Samaiden, Chudenko teroka peluang tenaga boleh diperbaharui

07 Mac 2022

Samaiden Group Bhd memeterai perjanjian kerjasama perniagaan (BCA) dengan Chudenko Corporation (Chudenko) untuk meneroka peluang dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia serta pasaran luar negara.

Chudenko ialah pemegang saham penting Samaiden dengan pegangan ekuiti sebanyak 15.15 peratus.

Syarikat tenaga boleh diperbaharui itu berkata, BCA itu akan membolehkan Samaiden berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rangkaian Chudenko.

“Kerjasama perniagaan yang berpotensi akan merangkumi perniagaan tempatan, luar negara dan rentas sempadan, pengembangan dan kerjasama antara Samaiden dan Chudenko di Malaysia atau di luar negara,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia juga membabitkan pelaburan atau usaha sama dalam projek RE, termasuk projek tenaga solar atas bumbung untuk pelanggan Jepun selain bekerjasama dalam memperkenalkan teknologi pada operasi dan penyelenggaraan (O&M) projek RE.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee, berkata kerjasama itu membolehkan kumpulan memanfaatkan pengetahuan teknikal Chudenko.

“Sebaliknya, kepakaran RE Samaiden boleh menjadi bernilai dalam inisiatif penyahkarbonan Chudenko,” katanya dalam satu kenyataan media.

BCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, aset bersih dan penggearan Samaiden bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon