B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PIVB kekalkan unjuran KDNK 2021 pada 6.2 peratus

PIVB kekalkan unjuran KDNK 2021 pada 6.2 peratus

03 Feb 2021

Public Investment Bank Bhd (PIVB) telah mengekalkan unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 sebanyak 6.2 peratus walaupun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilanjutkan lagi.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata kesan ekonomi daripada MCO 2.0 telah banyak ditangani berikutan suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM6 bilion.

Menurut bank pelaburan itu, suntikan fiskal RM6 bilion itu akan menghasilkan kesan pengganda sebanyak RM30 bilion kepada ekonomi berbanding kerugian ekonomi RM22.2 bilion sepanjang 37 hari PKP 2.0 (berdasarkan kerugian ekonomi RM600 juta sehari).

“Malah, kesan daripada suntikan fiskal mungkin lebih tinggi sekiranya kecenderungan penggunaan (MPC) melonjak kepada 0.9 kali (kesan penggandaan 10 kali). Ini mungkin boleh berlaku sekiranya dilihat pada kadar pengangguran yang tinggi masa ini (November 2020: 4.8 peratus) dan ia mampu mendorong desakan yang besar untuk berbelanja terutama bagi barang dan perkhidmatan penting, katanya.

Dengan mengandaikan kesan pengganda daripada MPC sebanyak lima kali, PIVB berkata PKP 2.0 boleh dilanjutkan sehingga 50 hari tanpa memberi kesan buruk kepada ekonomi, walaupun ekonomi dapat pulih lebih tinggi dengan pembukaan penuh berbanding penutupan sebahagian operasi.

“Prognosis positif ini menyokong prospek KDNK kita yang tetap tidak berubah pada 6.2 peratus untuk tahun 2021, yang konsisten dengan tinjauan prospek ekonomi yang stabil oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Feb ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Feb depan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon