Permintaan terhadap kemahiran digital meningkat 300 peratus - Noraini - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Permintaan terhadap kemahiran digital meningkat 300 peratus – Noraini

Permintaan terhadap kemahiran digital meningkat 300 peratus – Noraini

07 Jul 2022

Permintaan untuk jawatan berkaitan digital di negara ini telah meningkat 300 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya yang 20 peratus daripadanya perlu diisi graduan baharu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata angka itu adalah hasil kajian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ia melibatkan 56,000 kekosongan jawatan dalam bidang digital.

“Permintaan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran digital semakin meningkat dan kritikal dalam membantu perkembangan industri serta ekonomi negara.

“Di peringkat global pula, berdasarkan laporan ‘Future of Jobs Report 2020′ mengatakan  bahawa penawaran pekerjaan dalam bidang ini dilaporkan bakal meningkat sebanyak 12 peratus kepada 97 juta pekerjaan pada tahun 2025,” katanya semasa Majlis Pelancaran ‘Portal On-Demand Learning’ (ODL), AirAsia Academy dan penyerahan penempatan pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti di Kuala Lumpur Sentral hari ini.

Noraini juga berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menjalankan langkah-langkah strategik dan mengadakan pelbagai usaha dalam memastikan graduan tempatan dapat memenuhi keperluan industri dalam bidang digital.

Dalam majlis yang sama, Presiden Capital A Bhd (Usaha Sama) Aireen Omar yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy berkata AirAsia Academy berjaya memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital antara institusi pendidikan tinggi dan pemain industri.

“Setakat hari ini, kami telah menjalin kerjasama dengan pihak industri, serta badan kerajaan untuk menambah kemahiran dan latihan semula hampir 6,000 penuntut serta mereka yang telah bekerja dengan kemahiran penting untuk memacu Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya.

Pada majlis tersebut seramai enam graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah menamatkan kursus digital mereka di AirAsia Academy, ditawarkan dengan pelbagai jawatan di beberapa syarikat ternama seperti AirAsia, BASF dan Carsome.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon