B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perkasa, tambah baik pendidikan TVET lahir graduan lebih terlatih

Perkasa, tambah baik pendidikan TVET lahir graduan lebih terlatih

02 Ogo 2023

Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia perlu bagi melahirkan graduan lebih terlatih, sekali gus menikmati gaji lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun peratusan lulusan TVET yang mendapat pekerjaan tinggi, namun beliau tidak berpuas hati dengan gaji diterima graduan berkemahiran berkenaan, yang secara umumnya masih di bawah RM2,000 berbanding pekerja TVET luar negara, yang menikmati gaji lebih baik.

“Sasaran harus antara RM2,500 hingga RM3,000 atau lebih baik daripada yang ada sekarang. Ini terbukti dan bukan teori. Di Jerman, pengalamannya lebih tertumpu kepada TVET, lulusan TVET upahnya lebih tinggi. Kita puluhan tahun pun gajinya mendatar, naik sedikit,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Program Temu Anwar Kuantan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), di sini, pada Selasa, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Cadangan menambah baik latihan dan kemahiran TVET juga, menurut Anwar pernah disuarakan oleh beberapa pemain industri termasuk Tesla Sdn. Bhd. (Tes-la), pada perbincangan yang berlangsung sebelum ini dengan mencadangkan beberapa elemen tambahan kepada pendidikan kemahiran itu.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon