B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perjanjian Sarawak-Petronas, isyarat era baharu pembangunan O&G di Sarawak – SPECA

Perjanjian Sarawak-Petronas, isyarat era baharu pembangunan O&G di Sarawak – SPECA

07 Dis 2020

Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani di antara Sarawak dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini memberi isyarat permulaan baharu kepada industri minyak dan gas (O&G) di negeri itu, menurut Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA).

Presiden SPECA Datuk Rahman Lariwoo berkata penglibatan lebih besar kerajaan negeri dalam cari gali dan pengeluaran O&G berdasarkan perjanjian itu, akan membuka laluan kepada lebih banyak syarikat tempatan di Sarawak untuk menceburi pembangunan industri berkenaan.

“Dengan perjanjian yang ditandatangani ini, saya berharap penggiat O&G tempatan akan diberikan peluang lebih besar untuk terbabit dalam aktiviti O&G di negeri ini. Ia menandakan satu lagi kejayaan penting negeri ini untuk menuntut hak-hak kami seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perjanjian itu juga menandakan bermulanya penglibatan aktif syarikat O&G milik kerajaan negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dalam masa yang terdekat.

“Menerusi peranan yang dimainkan oleh Petros sebagai entiti negeri, penggiat lain akan terbuka untuk menceburi aktiviti hiliran dan huluan O&G,” katanya.

Perjanjian itu yang ditandatangani di Kuala Lumpur disaksikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion mewakili kerajaan negeri untuk menandatangani perjanjian itu, manakala Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Source: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon