B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perjanjian Petronas-ADNOC cerminan untuk Malaysia bina hubungan antarabangsa lebih jitu – PM Anwar

Perjanjian Petronas-ADNOC cerminan untuk Malaysia bina hubungan antarabangsa lebih jitu – PM Anwar

06 Dis 2022

Permeteraian perjanjian antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) merupakan cerminan untuk Malaysia membina hubungan antarabangsa yang lebih jitu serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan ADNOC untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

“Saya menjunjung kasih atas peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjadi tenaga pendorong utama kepada kejayaan usaha ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata beliau menyambut baik perjanjian bersejarah itu dan menaruh sepenuh keyakinan bahawa syarikat serta tenaga kerja tempatan mampu menerajui serta meneroka idea dan peluang untuk bersaing di peringkat global.

Petronas akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu bagi tempoh sehingga enam tahun.

Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon