B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pengambilalihan aset tingkat pendapatan YTL Cement

Pengambilalihan aset tingkat pendapatan YTL Cement

17 Mei 2021

Cadangan Malayan Cement Bhd untuk mengambil alih 12 syarikat yang terbabit dalam perniagaan simen dan konkrit siap bancuh di Malaysia dengan harga RM5.16 bilion daripada syarikat induknya, YTL Cement Bhd, berpotensi untuk meningkatkan keuntungan syarikat itu.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata, ini boleh dicapai menerusi rasionalisasi kos dan sinergi operasi dalam mencapai ekonomi bidangan lebih meluas selepas janji niaga itu selesai.

Malayan Cement dimiliki 76.98 peratus oleh YTL Cement.

Bank pelaburan itu berkata, ia juga optimis dengan peningkatan besar dalam prestasi kewangan syarikat tersebut bagi tempoh enam bulan tahun kewangan 2021 yang menunjukkan keuntungannya berada hampir di tahap pulang modal.

“Ini dicapai terutamanya menerusi inisiatif syarikat untuk memulakan pasca integrasi dengan YTL Cement.

“Ia telah membawa kemajuan ketara seperti yang dicerminkan menerusi kos jualan dan kos operasi yang rendah,” katanya.

MIDF berkata, sinergi kos efektif yang berterusan dan trajektori pertumbuhan hasil yang kukuh akan menyediakan prospek pemulihan pendapatan menarik bagi syarikat itu bermula Tahun Kewangan 2021 dan seterusnya.

Oleh itu, MIDF mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Malayan Cement, meningkatkan harga sasaran bagi saham syarikat itu pada RM3.18 daripada RM3.00 sebelumnya.

Pada 4.18 petang, saham Malayan Cement meningkat tujuh sen kepada RM2.87 dengan 646,200 saham diniagakan. Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon