B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pendapatan industri perkhidmatan perniagaan global Malaysia akan cecah US$6.7 bilion menjelang 2025 – GBS Malaysia

Pendapatan industri perkhidmatan perniagaan global Malaysia akan cecah US$6.7 bilion menjelang 2025 – GBS Malaysia

08 Jul 2022

Industri perkhidmatan perniagaan global Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul lima tahun sebanyak 6.2 peratus kepada US$6.7 bilion (US$1=RM4.42) menjelang 2025, menurut Digital Global Business Services Council Malaysia (GBS Malaysia).

Unjuran itu terkandung dalam pelan hala tuju strategik bertajuk “Global Business Services – Malaysia Strategy 2022-2027” yang diterajui oleh GBS Malaysia (dahulunya Outsourcing Malaysia), segmen di bawah National Tech Association of Malaysia (PIKOM), untuk memacu industri ke hadapan. 

Pengerusi GBS Malaysia Anthony Raja Devadoss berkata industri telah mencatatkan pertumbuhan sejak 15 tahun yang lepas dan dijangka terus berkembang pada masa depan berikutan kedudukan Malaysia dalam perkhidmatan perniagaan global digital bernilai tinggi adalah penting.

Beliau berkata empat tonggak utama telah dikenal pasti untuk membantu memacu pertumbuhan industri. Bidang utama termasuklah transformasi digital, automasi, data dan analisis serta perkhidmatan berasaskan awan.

“GBS Malaysia berkembang dengan perubahan berterusan dalam sektor perkhidmatan perniagaan global dan kami perlu kekal relevan dengan situasi dalam mewakili industri kami di Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Laporan itu membentangkan fokus syarikat global dan tempatan dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran pekerja mereka yang membawa kepada pewujudan lebih 250,000 tenaga kerja terlatih pada masa ini, termasuk dalam bidang pengalaman pelanggan, teknologi digital, kewangan, perakaunan dan sumber manusia,” katanya kepada media pada pelancaran Global Business Services – Laporan Strategi Malaysia 2022-2027 hari ini.

Anthony berkata industri mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang ketara dan menawarkan pekerjaan semasa pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020, dan ia terus berkembang, berdasarkan dapatan laporan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Mahadhir Aziz berkata agensi itu berhasrat untuk mempercepatkan pertumbuhan industri perkhidmatan perniagaan global bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai habnya.

“Sejajar dengan sokongan daripada kerajaan dan kerjasama yang berkesan antara perkongsian awam-swasta, negara kita akan dapat mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam sektor tumpuan ini,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X