B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pembukaan berterusan sektor ekonomi penting bagi kelangsungan rantaian bekalan – MoF

Pembukaan berterusan sektor ekonomi penting bagi kelangsungan rantaian bekalan – MoF

31 Mei 2021

Keputusan membenarkan beberapa sektor terus beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah sangat penting untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan memastikan kesinambungan rantaian bekalan bagi produk dan perkhidmatan yang perlu.

Rantaian bekalan adalah ekosistem yang kompleks terdiri daripada sumber manusia, proses, operasi, teknologi dan maklumat yang menghubungkan pengeluar dan pembeli melalui rangkaian entiti dan sumber yang berkaitan, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan, hari ini.

“Untuk berfungsi dengan lancar, semua elemen di dalam ekosistem ini perlu bergerak seiring bagi memastikan kecekapan.

“Walaupun ada keperluan untuk mengawal pandemik COVID-19 secara efisien, terdapat juga keperluan untuk mencegah gangguan terhadap rantaian nilai sector pembuatan yang mampu mengancam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berterusan untuk industri penting seperti makanan, penjagaan kesihatan/peralatan perubatan, farmaseutikal, sabun dan bahan pencuci (terutamanya dalam konteks menjaga kebersihan semasa wabak ini) dan telekomunikasi,” katanya.

Berasaskan pengajaran daripada PKP 1.0, MoF berkata, kerajaan juga akan membenarkan rantaian nilai barang-barang keperluan, seperti pembungkusan dan pelabelan, untuk beroperasi.

“Keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini mengenai sektor yang dibuka semasa PKP 3.0 merangkumi sektor ekonomi yang strategik seperti industri aeroangkasa, Minyak & Gas, Pembuatan serta Elektrikal & Elektronik (E&E).

“Pembukaan sektor E&E, sebagai contoh, adalah pengiktirafan bahawa ribuan komponen yang dihasilkan oleh sektor ini membolehkan operasi berterusan infrastruktur kritikal di seluruh dunia, antara lainnya, peralatan penjagaan kesihatan dan perubatan, sistem bekalan air dan grid tenaga, serta rangkaian pengangkutan dan telekomunikasi,” katanya.

Komponen E&E yang dihasilkan di Malaysia juga telah memudahkan e-dagang dan pekerjaan jarak jauh dalam norma baru Kementerian itu berkata, sektor E&E menyumbang 40 peratus atau RM386 bilion kepada eksport tahunan Malaysia, dan kira-kira 7.0 peratus daripada perdagangan semikonduktor global.

“Sebagai contoh, Malaysia memainkan peranan yang kritikal sebagai pengeluar tunggal substrat aluminium untuk semua pemacu cakera keras yang dikeluarkan sebuah kilang di Johor yang kemudiannya akan dibekalkan melalui rantaian bekalan global syarikat tersebut.

“Tambahan pula, pada 2020, sekitar RM15 bilion pelaburan baharu di sektor E&E telah diluluskan, yang akan mewujudkan 20,000 pekerjan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru, MoF berkata, sebarang penutupan walaupun untuk jangka masa pendek, bukan sahaja akan menjejaskan bekalan keperluan industri di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia, terutamanya dalam keadaan pandemik COVID yang mencabar.

Ia juga akan memberi kesan jangka panjang di mana perdagangan dan pelaburan beralih dari Malaysia, dan menjejaskan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global.

“Kita sudah pun mengalaminya semasa PKP 1.0, apabila pelbagai pengeluar Malaysia melaporkan bahawa pesanan mereka telah dialihkan ke negara pengeluar lain termasuk China,” katanya.

Bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19, kerajaan melalui pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih rapi, akan memastikan kilang E&E Malaysia mematuhi SOP dengan tegas, dengan had kehadiran zikal di tempat kerja sehingga 60 peratus, kata MoF.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X