Negara yang berjaya laksana peralihan tenaga, kuasai ESG akan makmur - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Negara yang berjaya laksana peralihan tenaga, kuasai ESG akan makmur

Negara yang berjaya laksana peralihan tenaga, kuasai ESG akan makmur

15 Jun 2023

Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) semakin penting bagi perniagaan, perdagangan serta pelaburan, dan negara yang berjaya melakukan peralihan tenaga di samping memperoleh kecekapan ESG serta teknologi hijau pula akan maju manakala pihak yang gagal akan ketinggalan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menurut laporan Tinjauan Peralihan Tenaga Malaysia yang disediakan oleh Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (Irena), Malaysia memerlukan pelaburan bernilai RM637 bilion sehingga 2050 untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB).

Beliau berkata untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih pada 2050, Malaysia memerlukan pelaburan sedemikian untuk memasang sistem baharu, menaik taraf grid dan memasang lebih banyak panel solar pada masa hadapan.

“Lebih banyak loji (jana kuasa) hidrogen dan loji (jana kuasa) hidro mini serta (infrastruktur) penyimpanan bateri diperlukan untuk menjadikan kita lebih bersedia bagi TBB supaya kita boleh bergerak maju.

Pada masa ini kapasiti kita untuk TBB, jika merangkumi (loji jana kuasa) hidro besar adalah 25 peratus. Kita masih banyak bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli.

“Kita berusaha dan telah mengumumkan tiada loji jana kuasa arang batu baharu di Malaysia selain akan menggunakan sumber tenaga baharu. Buat masa ini, kita melihat gas asli cecair sebagai satu bentuk penyambung memandangkan kita bergerak ke arah sifar bersih,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Hijau MIDF 2023.

Nik Nazmi berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang merangka Akta Perubahan Iklim yang akan menetapkan satu kerangka undang-undang berkaitan mitigasi perubahan iklim dan mekanisme pematuhan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon