B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MSBC tubuhkan pasukan petugas Malaysia-Singapura, dorong pemulihan ekonomi

MSBC tubuhkan pasukan petugas Malaysia-Singapura, dorong pemulihan ekonomi

02 Jul 2021

Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura (MSBC) telah menubuhkan pasukan petugas sektor swasta bagi Malaysia-Singapura sebagai usaha mendorong pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, majlis itu memaklumkan, pasukan petugas yang diketuai pengerusi bersama MSBC, menyusun input perniagaan dari perniagaan Malaysia dan Singapura untuk dikemukakan kepada kerajaan.

Menurut majlis itu, sebagai pengantara sektor swasta bagi perniagaan Malaysia dan Singapura, ia mengakui peranan penting yang boleh dimainkannya dalam memberikan maklum balas sektor swasta bagi pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan Zaid Ibrahim and Co, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani berkata hubungan perniagaan Malaysia-Singapura adalah penting kepada rantau ini dan majlis itu komited untuk membantu kedua-dua kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Kami berharap, menerusi maklum balas kolektif yang kami perolehi, MSBC akan berusaha dan terus bekerja sebagai satu pasukan untuk lebih maju bersama-sama,” kata Pengerusi Eksekutif YCH Group Dr Robert Yap.

Majlis itu turut menggesa kerajaan kedua-dua negara untuk mempercepatkan inisiatif perjalanan rentas sempadan bagi memudahkan aturan perjalanan perniagaan Malaysia-Singapura.

“Memandangkan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura adalah penting untuk melicinkan pergerakan komuniti perniagaan, majlis menyambut baik usaha kerajaan Malaysia dan Singapura untuk berusaha ke arah mengiktiraf perakuan vaksin COVID-19 masing-masing bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon