B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak

15 Apr 2022

Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard untuk pengembara yang dipermudah akan menggalakkan lebih ramai pelancong kembali mengunjungi negara ini.

Beliau berkata difahamkan 50 syarikat penerbangan kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ini merupakan petanda baik.

“Pelawat juga lebih 250,000 orang sehingga hari ini tapi jumlah itu masih rendah daripada sasaran. Setelah negara ditutup kepada dunia sekian lama, kita tidak boleh jangka dua minggu mencacak naik,” katanya kepada media selepas meninjau situasi di KLIA hari ini.

Muhyiddin berkata proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum negara pulih seperti dahulu.

Beliau berkata memandangkan sektor pelancongan, yang menyumbang RM80 bilion setahun kepada negara, adalah antara yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19, satu taklimat akan diadakan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi meneliti proses pemulihan sektor itu yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk kembali pulih.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon