B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MIDA gesa syarikat tempatan laksana pendigitalan

MIDA gesa syarikat tempatan laksana pendigitalan

25 Feb 2021

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa  perniagaan, terutama perusahaan kecil dan menengah  (PKS) untuk melaksanakan pendigitalan dan memupuk budaya inovasi dalam perniagaan mereka supaya kekal berdaya tahan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II MIDA, Ahmad Khairuddin Abdul Rahim berkata bagi memacu pertumbuhan perniagaan dan kekal relevan dalam persekitaran kebiasaan baharu ketika ini pemimpin perniagaan, terutamanya PKS harus berkir secara kreatif dan berinovasi terhadap model perniagaan mereka.

“Kesediaan untuk berinovasi juga harus seiring dengan pemahaman mengenai bagaimana memupuk budaya inovasi dalam kehidupan harian. Fokus berkenaan akan membantu perniagaan Malaysia beralih daripada model pertumbuhan konvensional lama kepada membangunkan pertumbuhan baharu melalui penggunaan sistem

digital,” katanya dalam ucapan perasmiannya semasa sesi Webinar mengenai ‘Domestic Investment’ yang diadakan secara maya hari ini.

Sesi yang bertemakan “Innovation and Transition to New Business Models” oleh Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti (DPCCE), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Sirim Bhd dan AmBank.

Dasar  Kebangsaan mengenai IR 4.0 atau dikenali sebagai  Industry4WRD  adalah panduan  terbaik  dan insentif Penilaian Kesediaan Industry4WRD serta  Dana Intervensi membolehkan syarikat tempatan menilai kemampuan dan kesediaan mereka untuk menggunakan proses Industri 4.0, memahami keupayaan dan jurang mereka ketika ini serta menyiapkan rancangan bagi penerapan Industri 4.0 dengan berkesan.

“Ini merupakan langkah pertama bagi perusahaan di Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan lanskap teknologi yang sentiasa berubah dengan pantas dan pada masa yang sama membangunkan bidang pertumbuhan baharu dengan mengutamakan kecekapan operasi dan ketahanan melalui digital dan teknologi automasi,” katanya.

Ahmad Khairuddin  berkata  pemboleh kritikal lain adalah  pekerja  mahir dan program peningkatan untuk mendorong dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia seterusnya ketersediaan tenaga kerja mahir akan menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan.

“Kerajaan  juga memperkenalkan  Elaun Modal Automasi, sebuah inisiatif utama untuk memotivasikan perusahaan  tempatan melakukan automasi dan menaik taraf mesin. Pemberian Geran Automasi Pintar  di bawah peruntukan RM100 juta adalah inisiatif yang diberikan kepada PKS dan syarikat pertengahan berdasarkan padanan atau 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan yang layak, hingga had pemberian maksimum RM1 juta bagi satu syarikat,” katanya.

Sementara itu, webinar tersebut menerima penyertaan lebih daripada 300 peserta, termasuk pengeluar, penyedia perkhidmatan dan bakal pelabur.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon