Melaka bakal terima pelaburan RM3.5b dari China - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Melaka bakal terima pelaburan RM3.5b dari China

Melaka bakal terima pelaburan RM3.5b dari China

20 Mei 2023

Melaka bakal menerima pelaburan RM3.5 bilion menerusi tujuh projek yang akan dibangunkan di negeri ini dengan kerjasama Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan syarikat pelabur dari China.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kesemua projek berkenaan akan dibangunkan setelah proses permohonan pelaksanaannya diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

“Pelbagai pembangunan baharu akan dibangunkan di Melaka menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan syarikat dari China. Pelaburan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan republik itu.

“Salah satu projek yang dilihat akan memberi impak besar kepada Melaka ialah Menara Asean-China setinggi 88 tingkat yang akan dibangunkan di Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis MoU dengan Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd, di sini hari ini.

Pada majlis itu, MoU berkenaan ditandatangani oleh Yong Chen Lim selaku Pengurus Besar Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan disaksikan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, beberapa projek lain ialah Asean-China Made Products Outlet and Exhibition Center, Asean-China International Grand Bazaar dan Malaysia-China Metaverse Database Center and High-Level Professional Training Base.

Katanya, semua projek berkenaan akan dibangunkan dengan kerjasama China Centre Oversea Joint Development Preparatory Comittee.

Yang turut dibangunkan ialah Health E-Atomization Industrial Park (Oriental Vaping and E-Atomization- Malaysia and China Sdn Bhd), Asean Health E-Atomization Forum (Oriental Vaping and E-Atomization Ltd UK) dan Asean Cup 2023 (Melaka) International Regatta Competition.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon