B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, UK bincang usaha perdalam integrasi ekonomi dua hala – Azmin

Malaysia, UK bincang usaha perdalam integrasi ekonomi dua hala – Azmin

08 Feb 2022

Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini membincangkan usaha untuk memperdalam integrasi dua hala bagi perkongsian ekonomi yang lebih baik, khususnya dalam bidang-bidang pertumbuhan baharu yang dikenal pasti dalam Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga menggesa industri UK untuk membina lebih banyak perkongsian dengan institut tempatan, yang akan mengukuhkan lagi ekosistem pelaburan tempatan dan menyediakan peluang yang luas untuk Malaysia dan UK, termasuk mewujudkan lebih banyak kemahiran tinggi dan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk menyokong operasi.

“Ini bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga memperhebat pembangunan strategik,” kata beliau menerusi akaun Twitternya selepas mesyuarat sarapan pagi dengan Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay dan beberapa syarikat UK hari ini.

Mohamed Azmin turut berkongsi mengenai strategi pembukaan pasca pemulihan Malaysia serta merancang meningkatkan kerjasama untuk pemindahan teknologi.

Beliau turut bercakap tentang status Malaysia mengenai ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan penguatkuasaannya serta peluang yang tersedia untuk syarikat UK yang beroperasi di Malaysia.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon