Malaysia giat galak pelaburan teknologi baharu - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia giat galak pelaburan teknologi baharu

Malaysia giat galak pelaburan teknologi baharu

29 Jun 2023

Malaysia giat menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu seperti teknologi kewangan, e-dagang dan kesihatan digital, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Beliau berkata Malaysia telah mewujudkan sandbox kawal selia untuk menggalakkan inovasi dan menyediakan ruang selamat untuk menguji idea baharu.

“Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program insentif dan geran untuk menyokong syarikat permulaan teknologi dan menarik pelaburan langsung asing,” katanya dalam ucaptama bertajuk ‘Teknologi Memacu Perubahan’ di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 di sini, hari ini.

MWC Shanghai 2023 diadakan dari 28 hingga 30 Jun 2023 di Shanghai New International Expo Centre, yang menyaksikan penyertaan kira-kira 300 peserta pameran, termasuk pemain global seperti Huawei.

Nie Ching berkata. kerjasama adalah kunci untuk merealisasikan sepenuhnya potensi pelaburan teknologi dan digital di Asia.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa, pelabur dan inovator.

“Dengan bekerjasama, kami dapat memanfaatkan kekuatan, berkongsi pengetahuan dan memacu perubahan transformatif dalam industri,” katanya.

Menurutnya, syarikat yang berada di Malaysia akan dapat meneroka pasaran Asia yang luas dan memanfaatkan lokasi strategik Malaysia untuk berkembang lebih jauh ke negara jiran.

Beliau berkata, ekonomi digital adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia, menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2021.

“Angka ini diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon