B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia capai 23 peratus pemasangan RE setakat ini, sasar capai 40 peratus menjelang 2035

Malaysia capai 23 peratus pemasangan RE setakat ini, sasar capai 40 peratus menjelang 2035

16 Ogo 2022

Malaysia telah mencapai 23 peratus pemasangan tenaga boleh baharu (RE) dan merancang untuk mencapai 40 peratus menjelang 2035.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata peralihan sistem bekalan elektrik Malaysia kepada sistem tenaga rendah karbon dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER), yang memberi tumpuan kepada meningkatkan bahagian empat sumber RE utama, iaitu solar, biojisim, biogas dan hidro melalui pendekatan yang seimbang dan mampan.

Beliau berkata galakan kepada peralihan tenaga menjadi lebih kuat sejak beberapa tahun lepas.

“Peralihan Malaysia kepada sistem tenaga rendah karbon menyaksikan penggiat tenaga kita menyediakan dua loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT), Edra Melaka Power Plant dan Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, membekalkan sebanyak 3,682 megawat tenaga elektrik ke grid nasional. 

“Malaysia kini mempunyai CCGT yang terbesar di Asia Tenggara dan antara penjana kuasa gas terbesar di rantau ini,” katanya dalam ucapan merasmikan Sidang Kemuncak Penjanaan Tenaga Turbin Gas Global di sini hari ini.

Beliau berkata dengan menghentikan penggunaan arang batu secara berperingkat, gas asli menjadi bahan api fosil yang paling bersih dan dapat menambah sumber RE yang berkala serta memastikan bekalan elektrik yang berterusan.

“Penggunaan teknologi turbin gas kitaran gabungan untuk penjanaan tenaga adalah baik dan terdapat peningkatan yang berterusan dalam teknologi cekap tenaganya.

“Penggunaan gas asli cecair penting untuk peralihan kita kepada tenaga bersih dan akan terus menjadi aspek penting daripada kebanyakan sistem tenaga untuk tempoh beberapa dekad akan datang sehingga pengganti rendah karbon seperti hidrogen dapat diakses secara meluas,” katanya.

Sidang kemuncak selama dua hari itu merupakan anjuran CGN Energy International dan Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon