B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia bakal terima pelaburan berjumlah hampir RM34 bilion daripada Ajlan & Bros

Malaysia bakal terima pelaburan berjumlah hampir RM34 bilion daripada Ajlan & Bros

01 Sep 2022

Konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (US$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan. 

Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd (MGRC), Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan permeteraian memorandum persefahaman (MOU) yang diadakan hari ini. 

Ajlan & Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang. 

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada US$15 bilion serta hasil lebih US$2 billon. 

Sementara itu, pegawai eksekutif MGRC Noor Azri Noor Azerai berkata sebagai sebahagian daripada MoU itu, pihak-pihak akan mengkaji daya maju Ajlan & Bros menjadi wakil pemasaran dan pengedaran bagi ujian saringan genetik, sel stem mesenchymal dan produk exosome.

Ajlan & Bros juga akan mengenal pasti peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D) komersial bagi penjujukan dan analisis genom di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dalam bidang seperti pertanian, akuakultur, perladangan, penjagaan kesihatan dan bioteknologi perindustrian. 

‘’MGRC pula akan menganalisis sampel bagi ujian saringan genetik serta kepakaran genom dan bioinformatik bagi membida projek menerusi Ajlan & Bros,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ajlan & Bros Ali AlHazmi berkata syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan Malaysian Genomics untuk membawakan perkhidmatan dan produk biofarmaseutikal dan genetik tempatan ke Arab Saudi. 

‘’MoU ini hanyalah satu permulaan ketika kami meneroka bagaimana kami boleh bekerjasama dengan rapat pada bulan-bulan akan datang,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon