B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Majlis Penasihat Ekonomi Sabah akan ke China untuk tarik pelabur – Hajiji

Majlis Penasihat Ekonomi Sabah akan ke China untuk tarik pelabur – Hajiji

28 Dis 2020

Kerajaan Sabah menerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) berhasrat mengadakan lawatan ke China bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu selepas pandemik COVID-19 berakhir, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata Sabah memerlukan bantuan serta sokongan dari China terutama dalam sektor pelancongan, pelaburan hartanah, infrastruktur dan pertanian bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kerajaan Sabah akan meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin dengan China. Hubungan baik antara Sabah dan Malaysia-China telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutama dalam aspek kepentingan perdagangan dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Hajiji menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Sementara itu, Liang dalam kenyataan yang sama memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dan menyalurkan bantuan diperlukan Sabah, selain yakin Sabah di bawah pimpinan Hajiji mampu memerangi pandemik COVID-19.

Liang turut mempelawa Hajiji untuk melawat China selepas pandemik ini berakhir bagi melihat sendiri potensi pelaburan kedua-dua pihak termasuk dalam bidang teknologi maklumat dan pertanian.

Hajiji dalam pertemuan tersebut mewakili kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada kerajaan China atas sumbangan sebanyak 50,000 keping pelitup muka yang disampaikan oleh Liang.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon