B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lonjakan ekonomi digital Malaysia tepat pada masanya – PIKOM

Lonjakan ekonomi digital Malaysia tepat pada masanya – PIKOM

03 Mac 2021

Lonjakan ekonomi digital Malaysia adalah tepat pada masanya kerana ia membantu menangani kesan daripada pandemik COVID-19 dengan perniagaan melakukan transformasi digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam persekitaran sekatan perjalanan dan penutupan pintu sempadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Ong Kian Yew berkata bahawa pelbagai geran dan dana digunakan oleh perniagaan kecil untuk tujuan pemasaran, membolehkan mereka mendapat lebih ramai pelanggan seterusnya menggalakkan penggunaan ‘Point of Sale (PoS)’.

“Inisiatif, pemberian geran dan dana ini telah membantu perniagaan kecil untuk beralih kepada urus niaga e-dagang dengan penggunan sistem ‘PoS’ untuk peruncitan, e-dagang dan pemasaran digital dan pada masa yang sama, ia memberikan bantuan segera bagi syarikat-syarikat teknologi,” katanya.

Beliau berkata teknologi digital terbukti membantu jualan kerana syarikat perniagaan dapat mencapai kawasan yang lebih luas, melangkaui lokasi geografi mereka.

“Bagaimanpun, persoalannya, berapa banyak bantuan ini sampai ke kepada golongan sasar? Kami telah mendengar masalah berkaitan dengan proses menghantar permohonan kerana ia memakan masa yang lama,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengasas bersama Industries Unite, Datuk David Gurupatham berkata Malaysia sedang berkembang daripada ekonomi perindustrian kepada ekonomi digital, semua perniagaan termasuk pengusaha mikro seperti Makcik Kiah seharusnya menjalankan perniagaan secara dalam talian dan memantapkan kedudukan mereka dalam pasaran digital.

Industries Unite adalah gabungan daripada 80 persatuan perdagangan, perniagaan dan profesional di seluruh negara.

David berkata e-dagang dan digitalisasi membantu menjadikan urus niaga perniagaan lebih lancar dan lebih efisien sekaligus mengurangkan kos perkhidmatan kewangan.

Bagaimanapun, beliau berkata kos tinggi kesalinghubungan dan keperluan untuk meningkatkannya terutama di kawasan luar bandar.

“Kita harus memberi perhatian dalam meningkatkan kemahiran pekerja bagi memenihi keperluan ekonomi ekonomi digital dan kita harus mulai merancang awal menjelang ketibaan rangkaian generasi kelima (5G) terumata inovasi dalam Internet Pelbagai Perkara (IoT),” katanya.

Pengarah DRA Aesthetic Enterprise, Dr Nur Athirah Md Nor berkata sekatan perjalanan tersebut memberi kesan kepada perniagaan spa perubatan dan pusat kecantikan namun e-dagang dan kehadiran teknologi digital di platform media sosial membantu syarikat itu untuk meneruskan perniagaannya.

“Kami bergantung kepada platform media sosial untuk memperoleh lebih banyak pelanggan dan hampir 70 peratus pelanggan kami adalah daripada platform ini,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya memiliki pasukan pemasarannya sendiri tetapi kecewa bahawa inisiatif digital memberikan lebih banyak kelebihan kepada syarikat telekomunikasi.

“Kami berharap dapat memanfaatkan inisiatif ini, namun syarikat-syarikat ini memberikan harga yang tinggi kepada perkhidmatan mereka.

“Sebagai contoh, harga pakej perkhidmatan adalah RM10,000 dan pemberian kerajaan adalah RM5,000, jadi perniagaan kecil masih perlu mengeluarkan tambahan sebanyak RM5,000.

“Kami masih perlu mengambil kakitangan Teknologi Maklumat (IT), jadi kami berharap kerajaan akan memberikan pemberian tersebut secara langsung kepada usaha kecil sehingga kami dapat menguruskannya mengikut keperluan kami, sama ada untuk iklan atau untuk melabur di bidang yang sesuai dengan keperluan syarikat seperti meningkatkan kemahiran kakitangan dalam bidang IT,” katanya. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon