B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan peruntuk RM92 juta semarak pembangunan industri halal

Kerajaan peruntuk RM92 juta semarak pembangunan industri halal

07 Okt 2022

Kerajaan menyediakan peruntukan RM92 juta bagi menyemarakkan pembangunan industri halal, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan Projek Pembangunan Pusat Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak yang dijangka siap pada tahun depan dengan peruntukan RM59 juta dan melaksanakan program Malaysia Services and Halal Global bagi mempromosi produk halal di pasaran global dengan peruntukan RM8 juta.

Inisiatif pembangunan industri halal bagi meningkatkan pematuhan pensijilan halal dan mengadaptasi inovasi halal turut akan dilaksanakan dengan peruntukan RM6.5 juta, kata beliau semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Wakaf Halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Orang Kurang Upaya (OKU) bagi melaksanakan program ‘onboarding’ kepada yang ingin menceburi bidang perniagaan halal dengan peruntukan RM2.5 juta.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon